12 waktu mustajab berdoa
SELAIN usaha dan tawakal, doa ialah satu-satunya cara untuk mendapatkan sesuatu hajat. Ada waktu tertentu paling mustajab berdoa kepada Allah. Diantaranya ialah:
· Ketika Lailatul-Qadar.
· Ketika hujan.
· Ketika memulakan solat dan selepas selesai solat.
· Ketika menghadapi barisan musuh di medan peperangan.
· Di tengah malam.
· Di antara azan dan iqamah.
· Ketika sujud dalam solat.
· Ketika iktidal akhir dalam solat.
· Ketika khatam (tamat) membaca 30 juz al-Quran.
· Sepanjang malam, paling utama sepertiga awal dan sepertiga akhir (waktu sahur).
· Malam Jumaat dan sepanjang Jumaat kerana mengharapkan berjumpa dengan saat ijabah (diperkenankan doa) yang terletak di antara terbit fajar hingga terbenam matahari hari Jumaat.
· Di antara waktu Zuhur dan Asar serta antara waktu Lailaha illa Llah.