Glitter Text Generator at TextSpace.net

Wednesday, 2 November 2011


Ya Allah..
Ya Rahman..
Ya Rahim..
Ku bagai sedang meneroka ke alam diri..
Dan kutemui..
Banyak sekali keburukan diri ku..
Ianya adalah keburukan dan dosa-dosa yang telah ku perbuat di atas kezaliman ku sendiri..
Aku cuba untuk lebih memerhatinya..
Semakin pekat menggelap dosa-dosa ku…
Dalam kepekatan dosa-dosa ku..
Ku seru nama Mu…Ya Allah!!

Aku memanggil-manggil nama Mu..
Seolah-olah tidak mahu kehilangan Mu..
Ilahy…Ilahy..Engkaulah yang ku maksudkan..
Walau lemah jasadku, ku paksa jua ia dalam kepayahan..
Agar nanti kepayahan menjadi kemanisan..

Tuhan..
Masakan Engkau yang ku Cinta menjadi payah untuk ku??
Sedangkan yang membuat susah itu adalah nafsu ku!!
Yang slalu menghalang ku untuk sampai pada Mu..

Maka slalulah aku akan menghina diriku..
Sedang kehinaan itulah pakaian ku..
Pakaian ku..!
Pakaian ku..!
Pakaian ku yang perlu ku sarung ke jasadku..
Agar kehinaan tadi mengajarku untuk slalu merasa Faqir padaMu..
Dan sehingga aku dapat merasa hilang wujud diri ku..
Yang ada hanya Engkau..
Ilahy..


Ya Allah..
aku kelu untuk berbicara..
saat ini itulah yang ku rasakan..

Ya Allah..
aku seperti hilang kata-kata..
bukan tiada kata yang mahu di ucapkan..
tetapi kehilangan kata-kata untuk diungkapkan..
sedangkan hati ku terus berbicara dengan Mu tanpa batas..

Aku tidak tahu apa yang sedang di bicarakannya..
Tetapi aku ingin mendengarnya..
sedang telinga ku tuli..
Tiada aku mendengarnya dengan pendengaran zohir..
yang ku temukan..
..Bisu..
..Kelu..

Ya Allah..
bicara apakah yang harus dimulakan..?
kata apakah yang perlu ku susun..?
Agar mudah ku bercerita tentang rasa kelu ini..
rasa hati ini...

Tuhan..
aku terus kelu dari hari ke hari..
waktu ke waktu..
detik ke detik..
minit ke minit..
dan..
saat ke saat..


Terpancar air kedamaian..
Dari sebuah galian diri..
Di situ ku temukan jawapan bagi kedahagaan ini..
Di situ kurasakan kenyamanan yang luar biasa..
Di situ kurasakan kenikmatan..

Sumbernya terpancar dari mata air yang berbeza..
Mata air yang tersembunyi..
Terselindung..
Pada mulanya keruh..
Namun ku terus menggali sehingga ku dapati kejernihan terpancar..
Terpancarnya dari tanah yang kering dan
merekah..
jika tiada memperdulikannya, maka berterusanlah kekeringan yang menyelubunginya..
Tapi..
Jika ada yang menggalinya tanpa mengira imbalan..
Maka akan ketemui sumber air kedamaian..
Sumber air kebahagian..
Yang membahagiakan..
Air kedamaian inilah yang akan menyuburkan tanah yang kekeringan..
Sehingga..
Tumbuhlah rimbunan Cinta yang hakiki..
Tempat berteduh menikmati kelazatan..